02 September 2015

Erti Sebuah Kemerdekaan buat diriku.

Assalamualaikum......

Coretan 2.0 (1/9/2015)




Setiap orang mempunyai pengertian yang berbeza tentang kemerdekaan, ada yang faham hari kemerdekaan adalah kemenangan kita keluar dari dijajah oleh kuasa asing,ada yang faham tentang kebebasan hak tersendiri.

 Tetapi bagi aku kemerdekaan bukan lah kemenangan atau kebebasan individu yang telah kita kecapi,kemerdekaan adalah sebuah sejarah untuk kita hargai bagai mana pengorbanan atuk dan nenek kita memperjuangan tanah melayu untuk kita keluar daripada penjajahan,jika bukan daya usaha meraka tidaklah kita senang lenang pada masa kini. Sepatutnya kita hidup dalam permuafakatan sesama kaum dan berganding bahu,tetapi apa yang aku tengok sekarang adalah kita seperti dijajah semula oleh kaum kita sendiri,





Hanya pada pandangan mata sahaja kita melihat negara kita aman dan makmur tetapi hakikat nya adalah tidak sama sekali, dahulu kita boleh berbangga dengan bangunan pencakar langit,track lumba kereta (F1) dan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang canggih,tetapi semuanya dilupakan dan lenyap sedikit demi sedikit dari kotak permikiran kita,apa yang kita perjuangkan adalah sama seperti atuk dan nenek kita perjuangkan dahulu kala,cuma kita berjuang di dalam era kemodenan yang tidak mengunakan senjata, hanya di jalan raya dan di alam maya. Tidak kah kita merasa negara kita diajajah semula oleh kaum kita sendiri?



 Apakah kesudahan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran dan sampai bilakah kita akan masih berjuang dijalan raya yang tidak berpenghujung dan pengakhiran nya.Pemimpin yang dahulunya memajukan negara ini turut sama turun memperjuangkan hak sebagai rakyat malaysia. Tetapi hak kita tidak didengari oleh pihak diatas sana,segala usaha rakyat menyuarakan ke tidak puas hati hanya lah sia-sia belaka.

Bukan lah diri ini tidak bersyukur apa yang ada, tetapi wang ringgit menjadi taruhan, Harga diri diletakkan serendah-rendahnya dek kerana kemewahan dunia.Pemimpin bertelagah sesama sendiri,keluarga berpecah belah,jiran tertangga bergaduh sesama sendiri.





Aku sebagai anak muda tidak sanggup melihat negara aku  jatuh serendah-rendah mertabatnya pada generasi akan datang,dan aku mengharapkan segala permasalahan ini dapat diselesaikan tanpa ada pertumpahan darah sesama kita. Para pemimpin seharusnya sedar dengan segala keputusan yang meraka buat ini adalah untuk Negara Ku MALAYSIA. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...