26 September 2015

Jalan-jalan cari makan di kuala Perlis

Pada hari isnin minggu lalu aku bersama family pergi ke kuala perlis untuk menikmati makanan laut yang terletak di medan selera berhampiran dari jeti kuala perlis. Kalau dikira jalan kaki pun boleh sampai, diantara tempat makan ke jeti kuala perlis.

                       (Dalam Perjalanan)

Oleh sebab kami sampai awal di kuala perlis lebih kurang pada pukul 3.00 ptg so kami pun berhenti berehat sekejap di sebuah masjid berdekatan dengan jeti dan juga medan selera.


 Berada di kawasan masjid sungguh selesa sekali dengan kemudahan yang ada kami sempat bersantai santai sambil melihat bot-bot nelayan dan juga feri langkawi yang lalu lalang, masjid ni juga terletak bersebelahan laut so sambil tengok bot yang lalu sempat juga kami menikmati angin laut yang sungguh asyik.

                (Berehat sekejap dalam pondok)


Di kawasan masjid juga terdapat sebuah pondok yang boleh kita duduk bersembang-sembang sebelum menunggu waktu solat tiba tapi kalau nak selesa dalam masjid pun ok juga.Daripada ruang menunggu didalam masjid sehingga lah ruang solat  amat selesa dan sungguh mendamaikan,orang kata kalau ada masalah hilang semua masalah kalau berada disitu.

           (Bergambar belakang masjid dan air laut)



          (Seronoknya Harraz Asif bermain main)



   (sempat juga melihat bot yang membawa kenderaan ke langkawi )


Waktu perniagaan medan selera dari pukul 4.30ptg-12.30 malam(menurut kedai yang kami makan) Ok nak lebih selesa lagi kami tunggu sampai masuk waktu Asar ,selepas solat baru kami pergi ke medan selera untuk menikmatan makan petang.

                               (Medan Selera Kuala Perlis)

Kedai yang kami kunjungi adalah kedai Mona, banyak kedai-kedai makan disitu makanan pun hampir sama iaitu berlandaskan seafood tapi harga tak tau la sama ke tidak?so kenalah try hehehe.....

                                    (Kedai makan Mona)

Lauk pauk yang yang diorder semua nya Seafood sebab disitu memang famous dengan makanan laut yang segar segar. Masa nak pilih tu memang dah jadi gelap mata macam orang kebuluran sebab tengok semua nak makan, dalam hati neh istifar ja sambil cakap (kawal nafsu kawal nafsu) hehehe...

                                    ( Pelbagai Jenis Ikan)

                     ( Ketam dan kerang pun ada jugak)


                         (Udang yang fresh dan berkilat)

Selepas siap pilih lauk dan jenis menu yang kami nak aku pun mencari tempat untuk family duduk dan menunggu makanan untuk dihidangkan. Masa menunggu tidak mengecewakan hanya 15 minit sahaja kami tunggu.

Diantara menu yang kami order:-

1) Siakap masak tiga rasa
2) Siakap masak stim halia
3) Ketam masak telur masin
4) Udang masak 3 rasa
5) Sotong goreng tepung
6 ) Sayur Kailan ikan masin
7) Nasi putih 4 pingan

Jumlah keseluruhan = Rm 175.00

                             (Senarai menu yang diorder)


                          (Masing-masing muka menahan lapar)

                              (Udang tiga rasa)

                     (Ketam masak telur masin)

Hmm rasa nya berbaloi kami datang dari jauh masakan sedap dan harga pun murah.Tapi untuk lain kali kalau nak datang makan di sini rasanya nak sewa hotel lah yang berdekatan dengan medan selera dan juga jeti kuala perlis boleh jugak kalau rasa nak ke langkawi pusing-pusing satu hari lepas tu balik semula ke hotel,malam pulak selepas penat berpusing di langkawi dapat la menjamu selera pulak bila perut pun dah kenyang mata pulak mengantuk tak payah susah-susah nak drive balik ,sekejap ja jalan kaki dah boleh terbaring di bilik hotel.

                                      (Hotel Berasamana)

Dah cuba sekali rasanya macam nak datang dan makan lagi kat sini.Tak rugi walaupun datang dari jauh rasa berbaloi baloi bila dapat menikmati kelazatan makanan yang dimakan.Selaian daripada itu ada juga hiburan lain yang boleh kita dapati di kuala perlis neh,iaitu perkhidmatan kereta kuda,boleh la lepas dah kenyang makan  naik kereta kuda pusing-pusing tengok keindahan kuala perlis di waktu petang, tak sabar rasa nya nak plan datang sekali lagi ke kuala perlis neh.Itu sahaja sedikit info untuk catatan aku dan info pada siapa yang buka dan layan entry aku neh..

                                             -Peace No War-


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...