26 August 2015

Aktiviti santai ziarah 1.0

Assalamualaikum.....

Coretan 1.0 (23/8/2015)

Masa cuti bosan pulak duduk dirumah, tak tahu nak buat apa.Kebetulan pulak family aku nak keluar pergi ziarah sedara mara yang uzur jadi aku pun joint sekali. Jam 12.30 ptg perjalanan kami bermula dari bayan lepas,dan kemudian singgah sebentar di rumah mak cik aku di taman Inderahwasih untuk makan tengah hari dan solat zohor. Selapas selesai semua,  kami pun bergerak ke rumah pertama tok cik ajis yang terletak di pokok sena,tapi sebelum tu kami singgah sebentar di tesco seberang jaya untuk membeli sedikit jamuan untuk tok cik ajis

                       (Tesco seberang Jaya)

Hmm mee goreng pak ngah sungai dua sesedap rasa yang boleh dibeli di tesco seberang jaya.ok back to basic(haha) dalam pukul 3.00 ptg tercari-cari simpang nak masuk ke rumah tok cik ajis akhir nya jumpa jugak, nasib ada pertolongan mak cik ani yang masih ingat simpang nak masuk.


                ( On the way nak masuk simpang)




Alhamdulillah akhirnya kami sampai jugak..bukan tak ingat rumah sedara tapi untuk pengetahuan semua(semua??) Tok cik ajis neh baru berkahwin ,pengantin baru, dan rumah yang kami ziarah neh pun rumah isteri baru tok cik ajis ,pernah pergi sekali sahaja masa akad nikah dulu..


                 (Tok cik ajis dan isteri barunya)


Mee yang kami beli tadi dihidang semula untuk dijamu pada kami(maaf tiada gambar mee lupa nak tangkap hehe).Segan pulak kalau tak makan,tuan rumah pun berbesar hati melayani kedatangan kami


            (Telatah harraz yang tak duduk diam)



                   (Sungai di belakang rumah)


Sementara keluarga masih bersembang-sembang aku membawah harraz bersiar-siar di luar sambil tunjuk baba black sheep kat harraz..;). Menurut cerita tok cik ajis sungai neh ada macam-macam ikan, ada patin,keli,baung dan lain-lain lagi. Hampir 1 jam kami duduk di rumah tok cik ajis kini bergerak pula kami ke rumah kedua untuk kami ziarah..

     ( Kedai makan sebelum sampai ke rumah pak cik maen)

Dalam perjalanan kami kerumah pak cik maen ,singgah sebentar membeli juadah makan pentang ,menu kali neh sama jgn mee goreng tapi di tambah pulah dengan cucur cempedak.

Dari pokok sena kami menuju pulak ke penaga,disini terletak nya rumah baru pak cik maen,yang dulu nya tinggal di pokok sena tp disebabkan orang nak ambik tanah jadi mereka pun pindah ke penaga dan membuat rumah yang baru dan lebih selesa.


Pak cik maen ni dulu nya seorang yang gagah perkasa ,tua tua pun masih bermain bola,tetapi sekarang ni hanya berjalan dengan memakai tongkat untuk kemana-mana di sebabkan pak cik maen terkena penyakit strok atau lumpuh sebelah badan,tetapi semangat beliau begitu tinggi ,boleh lagi layan kami macam orang yang sihat.(boleh pulak suruh anak dia tunjuk kertas periksa kat aku sebab bangga anak dia dapat 3.70)hehe... Biasa la orang tua mana tak bangga kalu anak dia berjaya..



Akhir pejalanan kami pulang semula ke taman inderahwasih untuk menghantar mak cik aku semula sebelum aku dan keluarga pulang ke Bayan Lepas.(Ending..)





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...