26 September 2015

Jalan-jalan cari makan di kuala Perlis

Pada hari isnin minggu lalu aku bersama family pergi ke kuala perlis untuk menikmati makanan laut yang terletak di medan selera berhampiran dari jeti kuala perlis. Kalau dikira jalan kaki pun boleh sampai, diantara tempat makan ke jeti kuala perlis.

                       (Dalam Perjalanan)

Oleh sebab kami sampai awal di kuala perlis lebih kurang pada pukul 3.00 ptg so kami pun berhenti berehat sekejap di sebuah masjid berdekatan dengan jeti dan juga medan selera.


 Berada di kawasan masjid sungguh selesa sekali dengan kemudahan yang ada kami sempat bersantai santai sambil melihat bot-bot nelayan dan juga feri langkawi yang lalu lalang, masjid ni juga terletak bersebelahan laut so sambil tengok bot yang lalu sempat juga kami menikmati angin laut yang sungguh asyik.

                (Berehat sekejap dalam pondok)


Di kawasan masjid juga terdapat sebuah pondok yang boleh kita duduk bersembang-sembang sebelum menunggu waktu solat tiba tapi kalau nak selesa dalam masjid pun ok juga.Daripada ruang menunggu didalam masjid sehingga lah ruang solat  amat selesa dan sungguh mendamaikan,orang kata kalau ada masalah hilang semua masalah kalau berada disitu.

           (Bergambar belakang masjid dan air laut)



          (Seronoknya Harraz Asif bermain main)



   (sempat juga melihat bot yang membawa kenderaan ke langkawi )


Waktu perniagaan medan selera dari pukul 4.30ptg-12.30 malam(menurut kedai yang kami makan) Ok nak lebih selesa lagi kami tunggu sampai masuk waktu Asar ,selepas solat baru kami pergi ke medan selera untuk menikmatan makan petang.

                               (Medan Selera Kuala Perlis)

Kedai yang kami kunjungi adalah kedai Mona, banyak kedai-kedai makan disitu makanan pun hampir sama iaitu berlandaskan seafood tapi harga tak tau la sama ke tidak?so kenalah try hehehe.....

                                    (Kedai makan Mona)

Lauk pauk yang yang diorder semua nya Seafood sebab disitu memang famous dengan makanan laut yang segar segar. Masa nak pilih tu memang dah jadi gelap mata macam orang kebuluran sebab tengok semua nak makan, dalam hati neh istifar ja sambil cakap (kawal nafsu kawal nafsu) hehehe...

                                    ( Pelbagai Jenis Ikan)

                     ( Ketam dan kerang pun ada jugak)


                         (Udang yang fresh dan berkilat)

Selepas siap pilih lauk dan jenis menu yang kami nak aku pun mencari tempat untuk family duduk dan menunggu makanan untuk dihidangkan. Masa menunggu tidak mengecewakan hanya 15 minit sahaja kami tunggu.

Diantara menu yang kami order:-

1) Siakap masak tiga rasa
2) Siakap masak stim halia
3) Ketam masak telur masin
4) Udang masak 3 rasa
5) Sotong goreng tepung
6 ) Sayur Kailan ikan masin
7) Nasi putih 4 pingan

Jumlah keseluruhan = Rm 175.00

                             (Senarai menu yang diorder)


                          (Masing-masing muka menahan lapar)

                              (Udang tiga rasa)

                     (Ketam masak telur masin)

Hmm rasa nya berbaloi kami datang dari jauh masakan sedap dan harga pun murah.Tapi untuk lain kali kalau nak datang makan di sini rasanya nak sewa hotel lah yang berdekatan dengan medan selera dan juga jeti kuala perlis boleh jugak kalau rasa nak ke langkawi pusing-pusing satu hari lepas tu balik semula ke hotel,malam pulak selepas penat berpusing di langkawi dapat la menjamu selera pulak bila perut pun dah kenyang mata pulak mengantuk tak payah susah-susah nak drive balik ,sekejap ja jalan kaki dah boleh terbaring di bilik hotel.

                                      (Hotel Berasamana)

Dah cuba sekali rasanya macam nak datang dan makan lagi kat sini.Tak rugi walaupun datang dari jauh rasa berbaloi baloi bila dapat menikmati kelazatan makanan yang dimakan.Selaian daripada itu ada juga hiburan lain yang boleh kita dapati di kuala perlis neh,iaitu perkhidmatan kereta kuda,boleh la lepas dah kenyang makan  naik kereta kuda pusing-pusing tengok keindahan kuala perlis di waktu petang, tak sabar rasa nya nak plan datang sekali lagi ke kuala perlis neh.Itu sahaja sedikit info untuk catatan aku dan info pada siapa yang buka dan layan entry aku neh..

                                             -Peace No War-


10 September 2015

Kambing oh kambing



Assalamualaikum....

Coretan 3.0

Makan sampai kenyang malam neh,mau tak kenyang aku pekena oblong kambing sampai satu rumah bau kambing,terpaksa wife aku pun kena salin baju sebab dia yang jadi chef kat dapur untuk sediakan dinner malam neh.


Pergh!! Isi nya padat sehingga makan satu, macam nak lagi tapi takut juga sebab orang kata daging kambing neh panas nanti tak pasal-pasal tak boleh tidok pulak aku malam neh...haha


Nampak semua..bertapa shahdu nya aku makan sampai setiap gigitan tu sayang pulak aku nak telan. Sedang rancak aku makan mak pula tetiba joint sekali mula nya nak rasa sikit tapi bila dah rasa terus request kat wife suruh buat satu lagi tapi mak takut nak makan semua so dia bagi kat aku sikit and apa lagi aku pun balun la for the 2nd time hehehe...

Satu petua yang nak aku share pada sapa-sapa yang baca blog neh untuk hilang kan rasa pening or takut darah tinggi naik(bagi yang ada darah tinggi) sedia kan bawang besar sebelum nak makan so lepas dah makan cukup2 sehingga puas, lepas tu disulam pulak dgn bawang besar,petua neh aku dapat dari bapa mertua aku.

 Tapi aku pelik, kenapa orang arab kat timur tengah tu makan mcm biasa ja?macam kita makan daging ayam,dekat malaysia ramai yang kata daging kambing neh tinggi kolestrolnya,mak aku makan sikit semalam pun dah ngadu sakit kepala tapi aku alhamdulillah lah tak makan bawang pun still tak ada rasa apa-apa.

So mungkin faktor cuaca atau budaya yang buat kita berbeza dengan orang arab disana,apa-apa pun kambing memang osem,makan sekali pasti nak lagi..Bagi sapa-sapa yang belum pernah cuba aku suggest cuba try sekali pasti tak rugi, kita cuba benda yang belum pernah kita cuba,pasti tak rugi sebab hidup hanya sekali...

                                        -Peace No War-




02 September 2015

Erti Sebuah Kemerdekaan buat diriku.

Assalamualaikum......

Coretan 2.0 (1/9/2015)




Setiap orang mempunyai pengertian yang berbeza tentang kemerdekaan, ada yang faham hari kemerdekaan adalah kemenangan kita keluar dari dijajah oleh kuasa asing,ada yang faham tentang kebebasan hak tersendiri.

 Tetapi bagi aku kemerdekaan bukan lah kemenangan atau kebebasan individu yang telah kita kecapi,kemerdekaan adalah sebuah sejarah untuk kita hargai bagai mana pengorbanan atuk dan nenek kita memperjuangan tanah melayu untuk kita keluar daripada penjajahan,jika bukan daya usaha meraka tidaklah kita senang lenang pada masa kini. Sepatutnya kita hidup dalam permuafakatan sesama kaum dan berganding bahu,tetapi apa yang aku tengok sekarang adalah kita seperti dijajah semula oleh kaum kita sendiri,





Hanya pada pandangan mata sahaja kita melihat negara kita aman dan makmur tetapi hakikat nya adalah tidak sama sekali, dahulu kita boleh berbangga dengan bangunan pencakar langit,track lumba kereta (F1) dan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang canggih,tetapi semuanya dilupakan dan lenyap sedikit demi sedikit dari kotak permikiran kita,apa yang kita perjuangkan adalah sama seperti atuk dan nenek kita perjuangkan dahulu kala,cuma kita berjuang di dalam era kemodenan yang tidak mengunakan senjata, hanya di jalan raya dan di alam maya. Tidak kah kita merasa negara kita diajajah semula oleh kaum kita sendiri?



 Apakah kesudahan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran dan sampai bilakah kita akan masih berjuang dijalan raya yang tidak berpenghujung dan pengakhiran nya.Pemimpin yang dahulunya memajukan negara ini turut sama turun memperjuangkan hak sebagai rakyat malaysia. Tetapi hak kita tidak didengari oleh pihak diatas sana,segala usaha rakyat menyuarakan ke tidak puas hati hanya lah sia-sia belaka.

Bukan lah diri ini tidak bersyukur apa yang ada, tetapi wang ringgit menjadi taruhan, Harga diri diletakkan serendah-rendahnya dek kerana kemewahan dunia.Pemimpin bertelagah sesama sendiri,keluarga berpecah belah,jiran tertangga bergaduh sesama sendiri.





Aku sebagai anak muda tidak sanggup melihat negara aku  jatuh serendah-rendah mertabatnya pada generasi akan datang,dan aku mengharapkan segala permasalahan ini dapat diselesaikan tanpa ada pertumpahan darah sesama kita. Para pemimpin seharusnya sedar dengan segala keputusan yang meraka buat ini adalah untuk Negara Ku MALAYSIA. 

Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...