30 December 2017

Makan angin ke padang besar

Assalamualaikum...

Memori ke padang besar bersama kawan- kawan amat menyeronokan. Perjalankan kami bermula pada pukul 8.OO pagi, dari Teluk kumbar singgah Sebentar di tesco Seberang Jaya untuk mengambil Sahabat Kami yang tinggal di daerah Seberang Prai.

Yang ensem ni nama dia matlan Sabar menunggu sahabat kami yang Seorang lagi.
Apa yang Pasti perjalanan kami diteruskan Semula ke Sungai Petani.

Pada mulanya kami merancang ingin menaiki tren Komuter di Stesen butterworth tapi masa Perjalanan kami agak terlalu awal, Sedangkan kebanyakan kedai  dipadang besar buka Pada Pukul 12.00 tengah hari.

Setelah sampai di Sungai petani kami Singgah Sebentar untuk menikmat Sarapan pagi.



Nama dia Remy pangilan manja Mie ,masih bujang dan tengah mencari...hehehe




















Tepat Pukul11 pagi kami tiba di Stesen Keretapi ETS  hati Penuh debar disulami gembira menanti kehadiran Ets.




Menaiki tren Ets ke padang besar merupakan pengalaman yang baru bagi aku bersama kawan-kawan,hati penuh teruja pabila kaki melangkah masuk ke dalam tren Ets. 

Sepanjang perjalanan kami ke padang besar kami diserikan dengan keindahan Alam semula jadi sawah padi yang menghijau dan bukit bukau yang membuat mata kami terpesona menikmati secara percuma keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa,ia seakan-akan mangalu- alu kedatangan kami ke padang besar.








Dengan kelajuan tren 140 km/sejam tepat pada pukul 12.30 kami tiba di stesen padang besar ,stesen ini merupakan stesen yang terakhir di semenanjung utara.





Kami memilih untuk berjalan kaki Sahaja untuk sampai ke kompleks membeli belah, hanya dengan Perjalanan Selama 5 minit tanpa membayar duit teksi yang agak mahal.

Sebelum kami memulakan aktiviti  membeli-belah di kompleks, terlebih dahulu kami menunaikan Solat Zuhur dan makan tengah hari di warung bersebelahan kompleks.


Hidangan yang agak "special" Pulut bersama ayam bagi kita memang jarang rutin harian kita makan pulut cuma dihari raya sahaja selalunya kita makan bersama rendang ataupun serunding tapi kali ni makan tengah hari  kami pulut ayam.

   Memang Sedap disulami Pulak dengan air laici. selesai menikmati juadah  makan tengah hari kami pun mula lah masuk ke tempat membeli belah.




Dari pemerhatian Kami suasana dan jenis barangan yang terdapat di dalam KomplekS membeli belah ini sama Seperti dahulu tiada perubahan yang ketara sangat tapi bagi siapa yang baru sahaja datang "1st time" memang akan agak teruja Sedikit. Baju, bag dan kasut memang banyak dijual disini dan Kualiti nya hampir Sama dengan 'Original" (Gred AAA)









Tips untuk membeli barangan seperti kekacang,pulut ataupun rempah ratus lebih baik  membelinya di dalam kompleks sebab harga yang diletakkan pada pengguna memang berbeza. Sebagai contoh beras pulut nasi dagang yang kami beli di luar kompleks boleh mencecah sehingga rm 9 tetapi di dalam kompleks hanya rm 5 sahaja,tambah lagi rm 1 boleh dapat 2 bungkus huhuhu...

Penat berjalan- jalan rehat sebentar membasah tekak dengan ais kacang Thailand yang terkenal di daerah thai pabila aisnya masuk ke dalam mulut perghh!! memang padu beb(hehe) di makan pulak dalam cuaca yang panas terik memang sesuai sangat.


Aiskrim ni ikut portion apa yang kita nak letak, dia ada 3 portion atau 4 portion mengikut kuantiti.Dan harga untuk 3 portion dan 4 portion memang berbezalah sebab 4 portion lagi banyak boleh letak.

 Ada kacang dan buah-buahan nak campur kedua-dua bahan ni sekali pun boleh ikut citarasa tekak masing masing.




Selesai berehat sebentar kami teruskan perjalanan  ke kompleks yang baru diberi nama Padang Waremart. Keterujaan kami ketika melihat bangunan yang tersergam indah dari jauh meleset seketika ketika masuk kedalam bangunan tersebut.

 Dari luar memang besar dan apabila berada di dalam pun memang nampak besar cuma pada ketika kami tiba masih banyak kedai-kedai yang belum buka lagi dan ada yang masih dalam pengubahsuaiaan.


Mungkin bila siap semuanya nanti mesti akan lebih meriah dengan pelbagai barangan yang dijual dan kelebihan kompleks baru ini ia mempunyai satu tingkat sahaja berbanding kompleks lama  dan mudah bagi warga emas untuk membeli belah.


Tepat jam 4 petang kami pun selesai sudah memborong barang barangan  ada yang beli baju dan ada yang beli bag dan ketika pulang kami memilih untuk menaiki tren komuter walaupun keselesaannya agak sedikit kurang berbanding Ets tapi kelebihannya adalah kita bebas untuk memilih waktu untuk pulang dan masa perjalanan adalah sama seperti Ets.




Begitu lah ceritaku bersama-sama kawan kawan ke padang besar dan tiada yang istimewa melainkan persahabatan yang terjalin sekian lama bagaikan sebuah keluarga kecil.





-Peace No War-





05 November 2017

Banjir di pulau-Pinang 2017

Assalamualaikum.....

Hari ini Pulau Pinang dilanda banjir kilat yang amat teruk. 4 warga emas didapati lemas dikediaman mereka. Bukan sahaja banjir turut Serta dengan angin kencang dan ribut Petir. Mari kita lihat koleksi gambar- gambar banjir di Pulau- Pinang.










Selain daripada itu juga telah berlaku  kejadian tanah  runtuh di beberapa tempat dibabagian pulau.







 Pangangkutan darat udara dan laut juga turut terjejas. 





Sebuah Feri telah terbabas ke tembok jeti di Sebabkan aras laut yang tinggi.


Kejadian ini merupakan kejadian terburuk berlaku di Pulau- Pinang..
Tetapi apa yang amat aku hairan kejadian ini Pernah berlaku Pada tarikh yang sama 7 tahun yang lalu tetapi ketika itu aku berada di jitra Kedah.


Moga malam neh tidak ada lagi hujan lebat. 



Takziah buat warga pulau Pinang.


10 July 2017

Lainnya Ramadhan 2017

Assalamualaikum...

Ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang lain dari yang lain, semuanya aku rasakan bertukar 360' celcius... Hehehe mana taknya selalunya time berbuka hanya ada ayah,mak,wife dan sekecil aku neh..

 Tapi kali ni sejak tok sedara tinggal bersama kami suasana menjadi meriah, ramai sepupu yang datang ziarah serta meluangkan masa  untuk berbuka puasa bersama. Setiap hujung minggu kami akan berhimpun  untuk berbuka bersama- sama.




Alhamdulilah aku mengharapkan hubungan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat kami. 

Selain dari itu, lain nya ramadhan kali ini turut sama dirasai dari sebelah pihak keluarga isteri ku. 

Apabila kami pulang ke-rumah ayahanda dan bonda mertua, kami menerima kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Dulu kehadiran aku sebagai orang baru dan sekarang aku telah dinaikkan pangkat menjadi menantu senior..(hehe) 



Kehadiran adik ipar yang baru meramai kan lagi keluarga mertua ku. Alhamdulillah ramadhan pada tahun ini semuanya berjalan dengan lancar dan apa yang aku harapkan adalah mendapat keberkatan dan pahala disisi Allah S. W. T

Dalam kesibukan kerja dan juga kegembiraan menyambut ramadhan kewajipan kepada NYA tidak dilupakan tahun ini aku sempat menunaikan solat terawih di 3 tempat yang berlainan kawasan. 

1.Masjid sg batu
2.Masjid jelutong
3.Masjid Negeri. 
                       "Masjid sg batu"

                       "Masjid Negeri"

       "Tempat berbuka di masjid negeri"

Sorry masjid jelutong tak sempat nak snap gambar,tapi paling menarik bagi aku adalah di masjid negeri tengok saja tempat berbuka dia penuh meriah dan ceria sempat juga aku menjamah makanan dr masjid selepas solat terawih. Kalau lah dekat dengan rumah aku nak saja hari-hari datang berbuka disini. 


 Tahun ini juga buat pertama kalinya setelah berbelas tahun aku tak main bunga api dan yang bestnya dapat main sekali dengan hero kecik aku. Balik dari terawih terus main di depan halaman rumah. Seronok sungguh harraz dapat main walaupun dia tak tahu benda apa yang dia pegang tu,aku pulak pegang dengan penuh berhati-hati takut terkena percikan api ke tangan harraz.Dan yang paling penting buat pertama kalinya setelah berumur 31 tahun aku dapat memasang pelita di hadapan rumah,gembira tak terkira macam satu benda dan perasaan yang baru aku tempuhi.

 Selesai terawih di masjid jelutong masa neh balik jalan kaki best jugak rasa macam suasana di kampung selalu tengok kat tv je orang balik dari masjid lepas terawih,hehehe....


Last but not lease... Suatu penemuan yang baru aku jumpa pada tahun ini, satu kuih yang belum ni aku hanya lihat pada luaran sahaja dan dengar nama tetapi kali ini aku dah try rasa... 

Kuih Koci nama nya. Actually first time aku rasa masa tu aku berbuka di tempat kerja, ada la member neh pelawa kat aku kuih dia,masa tu aku tak rasa sangat nak makan tapi segan punya pasal aku pun ambik lah satu. Dalam hati tu kata macam mana la aku nak habis ni aaahhhh makan cepat cepat pastu minum air.  Masuk ja dalam mulut sambil dikunyah kunyah masuk ja kunyah kali ketiga apabila inti nya terkeluar.... 

Perghhh!!! sedap hingga menjilat cari.... Ternyata sekali sangkaan aku meleset. Rupanya kuih yang aku anggap tak sedap dan nak cepat cepat habis rupanya 3 kali aku tambah... (hahaha) 

Tapi kuih koci ni special skit dari yang sebelum sebelum ni sebab dia berkaler hijau pandan selalunya kaler putih.Cuti dari kerja aku terus ke gerai ramadhan di balik pulau mencari kuih koci neh dan borong sekali 10 ketul. 

Tq my friends mazlan yusoff yang petua lokasi gerai. Tapi sayang kuih neh jual pada bulan puasa sahaja so aku kalau nak makan lagi kena la tunggu bulan puasa tahun depan itu pun kalau masih ada. Macam orang mengidam plak.... Hehehe. 

Alhamdulilah ramadhan kali ini memberi aku keinsafan dan bersederhana. Aku mengharapkan ramadhan akan datang memberi kegembiraan lebih dari tahun ini dan juga aku mengaharapkan ikatan kekeluargaan kami akan utuh dan kuat bersama. Cukuplah setakat ini sahaja coretan ku pada Ramadhan 2017.




                   -Peach No War-






Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...