21 May 2018

Puasa 2018- Episod awal Ramadhan

Assalamualaikum...


 Tahun 2018 merupakan tahun kedua kami berpuasa sekali bersama tok lang. Tetapi tahun ini nampaknya agak berbeza sedikit dari tahun lepas, anak-anak tok lang belum lagi berbuka Puasa bersama kami di setiap hujung minggu,mungkin kesibukan kerja

Aku tak mau huraikan  kisah toklang dengan anak-anaknya cuma aku mengharapkan agar raya kali ini menjadi raya yang Sempurna buat keluarga kami.

Setakat ini Persiapan raya kami semuanya ok dari baju raya hinggalah langsir raya Semuanya dah Settle alhamdulillah. Hari ini keluar Sebentar untuk mencari langsir raya dan juga Sedikit Persiapan raya harraz asif semuanya kami dapat di kamdar dengan harga yang murah dan berpatutan.
                         Tempah Langsir - RM 430
    Beli songkok dan Sampin( dah macam Skirt)


Di sebelah malam pula kami dijemput berbuka puasa di rumah makcik sebelah isteri pelbagai juadah dihidangkan sampai perut ni kenyang dan"full Loaded" hahaha....- TQ chik -

selesai berbuka bersama keluarga mertua kami terus berangkat menunaikan Solat Ishak dan terawih, walaupun dalam keadaan kekenyangan
dan mata Pula bagai layu ditasik madu tapi berjaya juga selesaikan Solat terawih 8 rakaat serta Solat witir 3 rakaat.


Begitu lah sedikit cerita ku diawal ramadhan dan nantikan Sambungan nya... InsyaAllah kalau tangan neh rajin nak menulis.



                           -Peace No War-

Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...