30 December 2017

Makan angin ke padang besar

Assalamualaikum...

Memori ke padang besar bersama kawan- kawan amat menyeronokan. Perjalankan kami bermula pada pukul 8.OO pagi, dari Teluk kumbar singgah Sebentar di tesco Seberang Jaya untuk mengambil Sahabat Kami yang tinggal di daerah Seberang Prai.

Yang ensem ni nama dia matlan Sabar menunggu sahabat kami yang Seorang lagi.
Apa yang Pasti perjalanan kami diteruskan Semula ke Sungai Petani.

Pada mulanya kami merancang ingin menaiki tren Komuter di Stesen butterworth tapi masa Perjalanan kami agak terlalu awal, Sedangkan kebanyakan kedai  dipadang besar buka Pada Pukul 12.00 tengah hari.

Setelah sampai di Sungai petani kami Singgah Sebentar untuk menikmat Sarapan pagi.



Nama dia Remy pangilan manja Mie ,masih bujang dan tengah mencari...hehehe




















Tepat Pukul11 pagi kami tiba di Stesen Keretapi ETS  hati Penuh debar disulami gembira menanti kehadiran Ets.




Menaiki tren Ets ke padang besar merupakan pengalaman yang baru bagi aku bersama kawan-kawan,hati penuh teruja pabila kaki melangkah masuk ke dalam tren Ets. 

Sepanjang perjalanan kami ke padang besar kami diserikan dengan keindahan Alam semula jadi sawah padi yang menghijau dan bukit bukau yang membuat mata kami terpesona menikmati secara percuma keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa,ia seakan-akan mangalu- alu kedatangan kami ke padang besar.








Dengan kelajuan tren 140 km/sejam tepat pada pukul 12.30 kami tiba di stesen padang besar ,stesen ini merupakan stesen yang terakhir di semenanjung utara.





Kami memilih untuk berjalan kaki Sahaja untuk sampai ke kompleks membeli belah, hanya dengan Perjalanan Selama 5 minit tanpa membayar duit teksi yang agak mahal.

Sebelum kami memulakan aktiviti  membeli-belah di kompleks, terlebih dahulu kami menunaikan Solat Zuhur dan makan tengah hari di warung bersebelahan kompleks.


Hidangan yang agak "special" Pulut bersama ayam bagi kita memang jarang rutin harian kita makan pulut cuma dihari raya sahaja selalunya kita makan bersama rendang ataupun serunding tapi kali ni makan tengah hari  kami pulut ayam.

   Memang Sedap disulami Pulak dengan air laici. selesai menikmati juadah  makan tengah hari kami pun mula lah masuk ke tempat membeli belah.




Dari pemerhatian Kami suasana dan jenis barangan yang terdapat di dalam KomplekS membeli belah ini sama Seperti dahulu tiada perubahan yang ketara sangat tapi bagi siapa yang baru sahaja datang "1st time" memang akan agak teruja Sedikit. Baju, bag dan kasut memang banyak dijual disini dan Kualiti nya hampir Sama dengan 'Original" (Gred AAA)









Tips untuk membeli barangan seperti kekacang,pulut ataupun rempah ratus lebih baik  membelinya di dalam kompleks sebab harga yang diletakkan pada pengguna memang berbeza. Sebagai contoh beras pulut nasi dagang yang kami beli di luar kompleks boleh mencecah sehingga rm 9 tetapi di dalam kompleks hanya rm 5 sahaja,tambah lagi rm 1 boleh dapat 2 bungkus huhuhu...

Penat berjalan- jalan rehat sebentar membasah tekak dengan ais kacang Thailand yang terkenal di daerah thai pabila aisnya masuk ke dalam mulut perghh!! memang padu beb(hehe) di makan pulak dalam cuaca yang panas terik memang sesuai sangat.


Aiskrim ni ikut portion apa yang kita nak letak, dia ada 3 portion atau 4 portion mengikut kuantiti.Dan harga untuk 3 portion dan 4 portion memang berbezalah sebab 4 portion lagi banyak boleh letak.

 Ada kacang dan buah-buahan nak campur kedua-dua bahan ni sekali pun boleh ikut citarasa tekak masing masing.




Selesai berehat sebentar kami teruskan perjalanan  ke kompleks yang baru diberi nama Padang Waremart. Keterujaan kami ketika melihat bangunan yang tersergam indah dari jauh meleset seketika ketika masuk kedalam bangunan tersebut.

 Dari luar memang besar dan apabila berada di dalam pun memang nampak besar cuma pada ketika kami tiba masih banyak kedai-kedai yang belum buka lagi dan ada yang masih dalam pengubahsuaiaan.


Mungkin bila siap semuanya nanti mesti akan lebih meriah dengan pelbagai barangan yang dijual dan kelebihan kompleks baru ini ia mempunyai satu tingkat sahaja berbanding kompleks lama  dan mudah bagi warga emas untuk membeli belah.


Tepat jam 4 petang kami pun selesai sudah memborong barang barangan  ada yang beli baju dan ada yang beli bag dan ketika pulang kami memilih untuk menaiki tren komuter walaupun keselesaannya agak sedikit kurang berbanding Ets tapi kelebihannya adalah kita bebas untuk memilih waktu untuk pulang dan masa perjalanan adalah sama seperti Ets.




Begitu lah ceritaku bersama-sama kawan kawan ke padang besar dan tiada yang istimewa melainkan persahabatan yang terjalin sekian lama bagaikan sebuah keluarga kecil.





-Peace No War-





Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...