18 January 2017

Kenduri arwah tok

Assalamualaikum....

Selesai sudah kenduri arwah tok aku 40 hari.Ahli keluarga memilih untuk masak sendiri lauk pauk kenduri,macam pak cik aku kata bagi memperingati tok aku yang selalu rajin memasak.Masing masing ada tugas sendiri, ada yang masak nasi, ada yang masak lauk, ada yang menyediakan kuih-muih serta buah buahan.

Sebelum kenduri yang berlangsung pada 15/1/2017 sehari sebelum itu semua sanak saudara berkumpul di rumah tok bagi penyediaan door gift atau cenderamata untuk tetamu yang hadir.



Dan selepas  selesai membuat door gift kami sekeluarga bergerak ke tanah perkuburan untuk menziarahi dan membersih kubur tok dan tokwan. Alhamdulillah selepas selesai kami semua pulang kerumah masing2..


Se-awal  pagi selepas subuh kami pergi kerumah tok yang terletak di seberang jaya. Masing-masing memulakan tugas dengan membuka kerusi meja,menyusun alat alat seperti talam mangkuk pingan dan menghiasi meja jamuan.Para ibu sibuk menyediakan hidangan di dapur bagi menanti kedatangan orang masjid untuk bacaan yasin dan tahlil pada pukul 11 pagi. 





Tepat pada pukul 11pagi orang masjid mula memenuhi perkarangan rumah untuk majlis tahlil. 

Selesai sudah majlis bacaan yasin dan tahlil para jemputan di jemput ke khemah untuk hidangan makanan.


Alhamdulillah sampai keluar khemah orang datang untuk bacaan yasin dan tahlil.





Majlis kami diserikan lagi oleh anak anak yatim yang turut hadir dan sanak saudara serta kenalan, rasanya kenduri arwah tok lagi ramai yang hadir berbanding kenduri tokwan dulu.  






Di bawah ini merupakan Senarai menu yang dihidangkan kepada para tetamu yang hadir....

                             Lontong
       Kari ayam, kari ikan dan daging kicap
Bihun goreng

                     Buah-buahan dan kuih muih

Alhamdulillah selesai sudah majlis tahlil dan menu yang disediakan semuanya habis dan tidak berlebihan.Walaupun tok sudah tiada tapi keakraban sanak saudara masih terjalin baik antara satu sama lain. Mudah mudahan hubungan ini dijaga hingga keakhir hayat. Moga tokwan dan tok ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.. Amin......... 


                                -Peach No War-











Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...