27 July 2016

Santai Raya Julai 2016

Assalamualaikum......

Selamat Hari R@yA maaf Zahir & Batin.... Raya tahun ni genaplah harraz asif berumur 1 tahun 5 bulan, cepatnya masa berlalu. Sedikit cerita kami semasa menyambut hari raya tahun 2016.

Bermula di pagi 1 syawal aku bersama keluarga bersiap-siap memakai baju raya dan tidak dilupakan mandi sunat hari raya aidilfitri. Ok tema tahun ini aku dan isteri memilih tema hijau. Isteri cantik berbaju kurung dan aku segak mengenakan jubah ala-ala pak arab tapi rasanya aku lebih selesa mengenakan baju melayu seperti tahun tahun lepas. Harrazasif pada mulanya cadang tempah baju design ala ala kurta tp tailor pulak silap design buat baju melayu.




Segak bergaya di pagi raya aku dan keluarga  terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya aidil fitri. Ramai juga orang yang hadir, mau taknya ramai sanak saudara pulang ke kampumg beraya. 

Selepas selesai solat sunat hari raya kami pulang untuk menikmati jamuan ketupat rendang dan kuah kacang home make dr ibu tercinta. 

                            (Ibu tercinta)
               (Makanan wajib di pagi raya)

Selesai sudah santapan raya, menuju pulak aku ke rumah mertua,kebetulan pulak mak angkat isteriku dari kuala lumpur nak datang beraya bersama kami. Menu special mak mertua ku sajikan iaitu speegeti bolognese 1st time rasa mak mertua aku buat selalunya mak @ isteri yang buat, ala-ala western gitu... Tidak mengecewakan sedap hingga menjilat jari.😉

                (Sesi bergambar di pagi raya)
                          (Tetamu dari Kl)
           (Sibuk ayah mertua melayani tetamu)

Selesai melayani tetamu yang datang, kami beralih ke rumah tok dan menziarahi pusara. 

                      (Ziarah Kubur tokwan)
Raya-2&3

Kami masih lagi sibuk menghadiri rumah terbuka sanak saudara dengan pelbagai menu yang disediakan. Masa masa macam ni lah kena jaga pemakanan sebaik-baiknya jangan lepas raya nanti.. Macam macam penyakit pula yang datang... :)







Kali ini raya aku lebih bermakna dengan telatah harras asif yang lincah dan pelbagai ragam, tahun lepas masih dalam dakapan aku dan isteri tetapi raya tahun neh harraz asif sungguh lincah berjalan dan bermain dengan sanak saudara yang lain.

Namun setiap tahun bila tibanya hari raya pasti akan adanya cerita tersendiri cuma aku amat bersyukur kerana masih berpeluang menghulur dan berjabat tangan memohon ampun dan maaf pada kedua ibu bapa ku dan juga mertua ku. 


       
                           -Peace No War-











Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...