24 June 2016

Durian batu balik pulau

Assalamualaikum....

Selamat menyambut ramadhan al mubarak. Rasanya lama pulak aku menyepi dalam catitan aktiviti dalam blog neh, bukan tak ada idea cuma sibuk sikit dengan aktiviti harian dan tugasan kerja.

Ok kali neh aku nak kongsi sedikit pengalaman aku yang pertama kali menjejaki di dalam kebun durian, makan durian tu selalu la time musim durian cuma makan di tempat @kebun durian.
Kebun neh terletak di jalan sungai pinang balik pulau pulau pinang, nak sampai ke kedai ni perlu melalui satu lorong kecik berdekatan jambatan dan masuk terus sehingga menjumpai kebun durian bersama kedai ni.


1st time kalu nak kunjungi kedai ni mesti telefon dan membuat tempahan "booking" dulu kalau pakat pi terus tanpa tempahan alamatnya balik dengan tangan dan perut kosong, setiap pelangan mesti call dulu untuk taukey buah simpan buah untuk kita. 

                                    Senarai carta jenis-jenis buah
(Musang king)
                                                (Horlor)
(D14)
Untung kalau kita datang bersama kawan-kawan sebab kita boleh merasai perlbagai jenis buah yang dikongsi bersama. Apa yang menarik lagi disini semua buah diikat mengunakan tali supaya buah yang masak tidak jatuh ke tanah. Menarik bukan??  nah cuba tengok gambar dibawah ni..


Suatu penemuan yang baru telah aku temui dan akan repeat again di tahun hadapan cuma bulan puasa ni jadi slow skit nak makan durian ditambah pulak musim panas, apa apa pun terbaik dari ladang... 


                                            -Peace No War-



Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...