13 February 2016

Teka teki


Assalamualaikum......




Haaaaaaaaaaaa.... Hari ini aku nak bagi satu teka teki yang aku sendiri pun tak dapat jawab.Teka teki ni dah lama aku dapat,kalau tak silap dari zaman sekolah menengah lagi...Tapi aku sendiri pun dah lupa apa jawapan nya haha... Bagi member di tempat kerja pun masih juga cari jawapan sampai kerja pun hold mengadap benda neh,dah macam kena virus.


So rule dia senang saja sesiapa yang nak jawap teka teki ni  memerlukan pen/pensel serta kertas kosong. bentuk seperti diatas dengan membuat segaris garisan sahaja tanpa mengulangi garisan tersebut dan juga tanpa mengangkat pen@pensel. 

Selalunya aku buat mesti akan tertinggal 1 garisan so tak complete la lukisan tu..Maybe kalau nak dapat jawapannya kena fikir di luar kota minda kita...

Selamat Mencuba...... ;)


                            ~Peace No War~

09 February 2016

Kisah Aku

Assalamualaikum

Rasanya dah lama aku tak menulis dalam blog peribadi aku.Al-maklumlah sibuk sikit dengan masalah dunia.Macam macam nak kena tempuh dalam hidup ni,baru aku tahu semakin usia meningkat semakin banyak dugaan yang datang tapi bagi aku itu semua dapat mematangkan diri aku,tanpa masalah atau dugaan yang ada macam mana kita nak jadi seorang insan yang matang dalam kehidupan kan???

Realiti kehidupan aku


1. Ini tempat kerja aku,sejak 5 tahun aku mencari rezeki di tempat ini,alhamdulillah dalam masa 5 tahun aku berjaya membangunkan empayar aku sendiri walaupun tidak se- gah seorang jutawan,dermawan tapi cukup lah untuk aku bahagia bersama keluarga dan juga dikurniakan seorang cahaya mata.Cuma kadang kala terfikir juga, sampai bila aku akan stay di tempat yang sama ini...

Nak tinggal sayang tapi rasa macam nak berubah pada yang baru untuk aku mantapkan lagi ekonomi keluarga.Soo tunggu je lah perubahan yang akan Allah kurniakan pada aku,aku megharapkan lebih baik dari apa yang aku ada sekarang neh.


 2.Suka aku tengok blog-blog lain yang ramai followers macam-macam dia orang update bagi aku pula kadang kala aku suka menulis untuk meluahkan sesuatu yang terselit dalam hati dan aku tulis sahaja apa yang aku rasa patut nak tulis,dan aku juga tidak mengharapkan followers yang ramai tapi dalam hati memang teringin nak ada followers yang ramai tapi buat setakat ni biar lah aku create blog ni sebagai diari aku untuk aku berkarya dengan cara aku sendiri.



3.Masa yang tak dapat diubah balik adalah masa yang lepas , setiap memori akan tersimpan di dalam lensa camera yang akan menjadi kenangan bersama.Kita share apa yang kita lalui ,bergurau bersama ,makan bersama,tetapi masa ini semua tidak akan kekal selamanya.Selalunya kita anggap masa tu tidak penting buat kita dan apabila telah jauh pergi meninggalkan baru lah kita sedar bahkan saat-saat begitu tiada record untuk kita flash back balik.Macam zaman aku belajar dulu masa tu guna hand phone murah je...camera pun kualiti vga masa tu tak terlitas langsung nak bergambar bersama kawan-kawan dan yang suka jenis bergambar neh selalunya adalah awek awek ala-ala gedik je...hahahaha

 Tapi bila masa tu dah berlalu baru kita akan sedar yang kita tidak ada moment satu pun especially masa kita jadi student dulu yang ada pun sikit sahaja itu pun dalam otak kepala aku.


(satu-satunya gambar yang aku ada)

Masa jadi student adalah masa yang terbaik untuk kita explore dunia yang diibaratkan tanpa sempadan dan masa ini lah kita perlu menghabiskan masa dengan sebaik-baiknya dan bila kita sudah bekerja ilmu yang kita dapat masa belajar hendaklah kita menafaatkannya dengan betul

4. Masa yang ada sekarang ni adalah masa untuk kita gunakan dengan sebaik-baiknya bersama keluarga dan orang di sekeliling kita supaya nanti kita tak guna istilah " kalu boleh dipusingkan balik masa nak ja aku pusing balik" sebab masa hari ini yang akan menentukan nasib kita akan datang nanti.


                                  -Peace No War-
            




Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...