14 November 2018

Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum...


Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di kampung.

Perjalanan Kami mengambil masa 2 Jam untuk Sampai di kampung tersebut.


Sesuatu yang menarik keterujaan bagi aku adalah Ketika kami Sampai di sini dalam keadaan Cuaca yang panas terik akan tetapi sebaik kaki melangkah masuk Ke dalam rumah alangkah damainya kesejukan di dalam rumah

Di dalam Suasana yang nyaman kami dihidangkan dengan juadah ringan iaitu lemang yang dibekukan dan juga air tebu dari ladang tuan rumah. Selalunya pencuci mulut dihidangkan selepas makan tapi lain pulak jadinya kami di sini mungkin tuan rumah memahami perjalanan kami di dalam Cuaca yang agak Panas.
    Sorry air tebu laku sungguh


Di ruang tamu luar rumah dapat aku melihat telatah kanak-kanak bermain kerem termasuklah anak aku yang baru belajar bermain.


                                                                 Siap Pakai Couch lagi hehe...


Belum cukup aktiviti dalam rumah ada juga aktiviti di luar rumah diantaranya: -

                                                   -Memasak gulai batang pisang-


                                                            -Home made lemang-

Walaupun abam tengOk- tengok je tapi kemeriahan tu tetap terasa bukan malas nak tolong tapi yelah segan pertama kali datang Sini tak berani nak memandai mandai di kampung orang.Hanya dengan catatan bersama gmbar boleh aku rekodkan.

kini tiba pulak menikmati juadah makan tengah hari.Berlauk kan masakan kampung pergh!!! seleranya tidak dapat digambarkan.


Jarang aku menikmati juadah sebegini tapi bila menikmati bersama ahli keluarga beramai-ramai selera terus datang, 2 kali juga lah tambah.
                               -Berselera sungguh bila menjamu selera bersama keluarga-

Selesai sahaja makan tengah hari kami di hidangkan pulak dengan juadah pencuci mulut batang tebu,kalau tadi ketika sampai kami dihidangkan dengan air tebu tapi lain pulak kali ini.Ok jugalah macam buat senaman gigi hehehe...Sambil tekak ni dibasahkan dengan air tebu yang keluar dari batang tebu.
                                                           -Harraz sibuk dengan kuda tunganggannya-

Selesai sudah sehari kami disini,walaupun dalam sehari tapi kemeriahan nya amat kami rasai dengan suasana kampung,udara semula jadi yang nyaman sukar untuk aku rasai ketika di bandar.Walaupun kali pertama aku sampai disana tapi kehadiran kami disambut dengan mesra sekali bagaikan dah lama berjumpa.Kalau ada masa di hari yang lain akan kami ke sini lagi.
                                                             -Kuala Pegang Baling Kedah-


                                       
                                                                      -Peace No War-

21 May 2018

Puasa 2018- Episod awal Ramadhan

Assalamualaikum...


 Tahun 2018 merupakan tahun kedua kami berpuasa sekali bersama tok lang. Tetapi tahun ini nampaknya agak berbeza sedikit dari tahun lepas, anak-anak tok lang belum lagi berbuka Puasa bersama kami di setiap hujung minggu,mungkin kesibukan kerja

Aku tak mau huraikan  kisah toklang dengan anak-anaknya cuma aku mengharapkan agar raya kali ini menjadi raya yang Sempurna buat keluarga kami.

Setakat ini Persiapan raya kami semuanya ok dari baju raya hinggalah langsir raya Semuanya dah Settle alhamdulillah. Hari ini keluar Sebentar untuk mencari langsir raya dan juga Sedikit Persiapan raya harraz asif semuanya kami dapat di kamdar dengan harga yang murah dan berpatutan.
                         Tempah Langsir - RM 430
    Beli songkok dan Sampin( dah macam Skirt)


Di sebelah malam pula kami dijemput berbuka puasa di rumah makcik sebelah isteri pelbagai juadah dihidangkan sampai perut ni kenyang dan"full Loaded" hahaha....- TQ chik -

selesai berbuka bersama keluarga mertua kami terus berangkat menunaikan Solat Ishak dan terawih, walaupun dalam keadaan kekenyangan
dan mata Pula bagai layu ditasik madu tapi berjaya juga selesaikan Solat terawih 8 rakaat serta Solat witir 3 rakaat.


Begitu lah sedikit cerita ku diawal ramadhan dan nantikan Sambungan nya... InsyaAllah kalau tangan neh rajin nak menulis.



                           -Peace No War-

04 January 2018

SELAMAT DATANG 2018


Assalamualaikum.....

Rasanya belum terlambat lagi ingin aku mengucapkan selamat tahun baru.

Tahun 2017 meninggalkan seribu satu macam cerita, ada suka dan duka. Namun tibanya tahun 2018 membuka lembaran yang baru untuk kehidupanku dan juga keluarga kecilku.

Imbasan 2017



Menemani bonda checkup mata



Trip ke Langkawi bersama keluarga mertua


Percutian ke langkawi merupakan satu satunya percutian keluarga di tahun 2017.Mengharapkan ada lagi percutian ini di tahun 2018

Family Day 2017

Family day yang pertama kali dibuat oleh keluarga ismariah (sebelah mertua)

Sambutan Harijadi Harraz Asiff



Rumah terbuka Hari Raya.
Road to Padang Besar.

Bukan sahaja memori bersama keluarga,ada juga memori terindah bersama sahabat sahabat









Santai petang makan pulut durian.
Mini picnic bersama keluarga kecil ku


Terima kasih 2017 kena memberi sedikit sebanyak keceriaan buat diri ku walaupun ada sedikit kepahitan yang terpalit di dalam diari hidupku. Tapi semua itu aku hadapi dengan penuh positif. Walau apa jua cabaran yang akan dihadapi di tahun baru ini akan tetap aku tempuhi dengan tenang.Tapi apa yang aku mengharapkan agar tahun 2018 adalah lebih baik dari 2017. Dan yang paling penting tahun 2018 ni adalah tahun mengundi.....Yahoooo tak sabar rasanya nak mengundi....siapa agaknya kita nak undi?? Biarlah rahsia......


                   Selamat Tahun Baru 2018


                           -Peace No War-

30 December 2017

Makan angin ke padang besar

Assalamualaikum...

Memori ke padang besar bersama kawan- kawan amat menyeronokan. Perjalankan kami bermula pada pukul 8.OO pagi, dari Teluk kumbar singgah Sebentar di tesco Seberang Jaya untuk mengambil Sahabat Kami yang tinggal di daerah Seberang Prai.

Yang ensem ni nama dia matlan Sabar menunggu sahabat kami yang Seorang lagi.
Apa yang Pasti perjalanan kami diteruskan Semula ke Sungai Petani.

Pada mulanya kami merancang ingin menaiki tren Komuter di Stesen butterworth tapi masa Perjalanan kami agak terlalu awal, Sedangkan kebanyakan kedai  dipadang besar buka Pada Pukul 12.00 tengah hari.

Setelah sampai di Sungai petani kami Singgah Sebentar untuk menikmat Sarapan pagi.



Nama dia Remy pangilan manja Mie ,masih bujang dan tengah mencari...hehehe




















Tepat Pukul11 pagi kami tiba di Stesen Keretapi ETS  hati Penuh debar disulami gembira menanti kehadiran Ets.




Menaiki tren Ets ke padang besar merupakan pengalaman yang baru bagi aku bersama kawan-kawan,hati penuh teruja pabila kaki melangkah masuk ke dalam tren Ets. 

Sepanjang perjalanan kami ke padang besar kami diserikan dengan keindahan Alam semula jadi sawah padi yang menghijau dan bukit bukau yang membuat mata kami terpesona menikmati secara percuma keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa,ia seakan-akan mangalu- alu kedatangan kami ke padang besar.








Dengan kelajuan tren 140 km/sejam tepat pada pukul 12.30 kami tiba di stesen padang besar ,stesen ini merupakan stesen yang terakhir di semenanjung utara.





Kami memilih untuk berjalan kaki Sahaja untuk sampai ke kompleks membeli belah, hanya dengan Perjalanan Selama 5 minit tanpa membayar duit teksi yang agak mahal.

Sebelum kami memulakan aktiviti  membeli-belah di kompleks, terlebih dahulu kami menunaikan Solat Zuhur dan makan tengah hari di warung bersebelahan kompleks.


Hidangan yang agak "special" Pulut bersama ayam bagi kita memang jarang rutin harian kita makan pulut cuma dihari raya sahaja selalunya kita makan bersama rendang ataupun serunding tapi kali ni makan tengah hari  kami pulut ayam.

   Memang Sedap disulami Pulak dengan air laici. selesai menikmati juadah  makan tengah hari kami pun mula lah masuk ke tempat membeli belah.




Dari pemerhatian Kami suasana dan jenis barangan yang terdapat di dalam KomplekS membeli belah ini sama Seperti dahulu tiada perubahan yang ketara sangat tapi bagi siapa yang baru sahaja datang "1st time" memang akan agak teruja Sedikit. Baju, bag dan kasut memang banyak dijual disini dan Kualiti nya hampir Sama dengan 'Original" (Gred AAA)









Tips untuk membeli barangan seperti kekacang,pulut ataupun rempah ratus lebih baik  membelinya di dalam kompleks sebab harga yang diletakkan pada pengguna memang berbeza. Sebagai contoh beras pulut nasi dagang yang kami beli di luar kompleks boleh mencecah sehingga rm 9 tetapi di dalam kompleks hanya rm 5 sahaja,tambah lagi rm 1 boleh dapat 2 bungkus huhuhu...

Penat berjalan- jalan rehat sebentar membasah tekak dengan ais kacang Thailand yang terkenal di daerah thai pabila aisnya masuk ke dalam mulut perghh!! memang padu beb(hehe) di makan pulak dalam cuaca yang panas terik memang sesuai sangat.


Aiskrim ni ikut portion apa yang kita nak letak, dia ada 3 portion atau 4 portion mengikut kuantiti.Dan harga untuk 3 portion dan 4 portion memang berbezalah sebab 4 portion lagi banyak boleh letak.

 Ada kacang dan buah-buahan nak campur kedua-dua bahan ni sekali pun boleh ikut citarasa tekak masing masing.




Selesai berehat sebentar kami teruskan perjalanan  ke kompleks yang baru diberi nama Padang Waremart. Keterujaan kami ketika melihat bangunan yang tersergam indah dari jauh meleset seketika ketika masuk kedalam bangunan tersebut.

 Dari luar memang besar dan apabila berada di dalam pun memang nampak besar cuma pada ketika kami tiba masih banyak kedai-kedai yang belum buka lagi dan ada yang masih dalam pengubahsuaiaan.


Mungkin bila siap semuanya nanti mesti akan lebih meriah dengan pelbagai barangan yang dijual dan kelebihan kompleks baru ini ia mempunyai satu tingkat sahaja berbanding kompleks lama  dan mudah bagi warga emas untuk membeli belah.


Tepat jam 4 petang kami pun selesai sudah memborong barang barangan  ada yang beli baju dan ada yang beli bag dan ketika pulang kami memilih untuk menaiki tren komuter walaupun keselesaannya agak sedikit kurang berbanding Ets tapi kelebihannya adalah kita bebas untuk memilih waktu untuk pulang dan masa perjalanan adalah sama seperti Ets.




Begitu lah ceritaku bersama-sama kawan kawan ke padang besar dan tiada yang istimewa melainkan persahabatan yang terjalin sekian lama bagaikan sebuah keluarga kecil.





-Peace No War-





Kuala Pegang Baling

Assalamualaikum... Pengalaman ke kuala Pegang baling Kedah merupakan sesuatu yang agak menarik bagi Aku yang jarang merasai Suasana di k...